KUALA LUMPUR: Logo pada tapak kasut keluaran jenama Vern's yang didakwa seakan-akan kalimah Allah, tidak menyamai kalimah suci itu dalam aspek seni penulisan khat, tegas pakar tulisan khat Prof Madya Dr Nor Azlin Hamidon.
Beliau yang juga Pensyarah Bidang Pengajian Budaya Seni Visual, Pengkhususan Seni Islam dan Seni Khat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata ini kerana logo berkenaan mempunyai lebihan garisan yang merosakkan penulisan kalimah Allah.
"Dari sudut pendapat khattat (penulis atau pakar khat), logo berkenaan dilihat tidak menepati sebarang kaedah penulisan khat yang diterima secara tradisi dan reka bentuknya adalah dalam kategori khat bebas.
"Kemungkinan ia tidak disengajakan dari aspek reka bentuk kasut tumit tinggi berkenaan," kata beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial mengenai seorang lelaki yang mendakwa kasut Vern's dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah pada bahagian tapak kasut berkenaan .
Nor Azlin berkata kekeliruan berlaku apabila bentuk logo itu hanya melakar dua outline badan kasut tumit tinggi dan 'loop' atau garis putaran yang mewakili tali kasut seperti dinyatakan oleh pihak jenama kasut terkenal berkenaan.
"Bentuk putaran tali pada logo kelihatan kalimah Allah yang lengkap terutamanya pada bentuk garis seakan tulisan huruf jawi 'ha' (bahagian hujung putaran yang bersambung dengan bentuk kasut tumit tinggi). Itu adalah bentuk tambahan yang menjadikan titik punca masalah berbentuk kalimah Allah.
"Garis putaran itu juga bersifat nipis pada garis putaran pertama, seolah-olah menyerupai tulisan huruf jawi 'alif' sehingga kelihatan ia hampir terputus atau tidak bersambung. Itu yang menyebabkan orang boleh membacanya seperti kalimah Allah," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata sekiranya reka bentuk logo itu tidak disengajakan oleh pihak jenama kasut berkenaan, maka ia perlu diperbaiki untuk mengelakkan isu sensitif ini terus berlaku.
Nor Azlin turut berharap supaya hal sebegini dijadikan pengajaran serta tidak diulangi oleh semua pihak pereka bentuk barangan mahupun produk dalam mana-mana bidang.
Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan Dr Abd Rahman Hamzah berkata lakaran atau rekaan yang tertera di tapak kasut berkenaan tidak jelas dan tidak terkait dengan kalimah Allah, selain bentuknya terlalu samar dan banyak kemungkinan untuk mentafsir logo itu.
Beliau berkata isu ini boleh disamakan seperti bentuk huruf 'T' atau '+' (tanda salib) pada corak atau hiasan yang dikaitkan dengan tanda salib agama Kristian.
"Kita sewajarnya tidak mudah melatah, bukan semua huruf 'T' itu tanda salib. Geometri Islam juga banyak bentuk begitu sejak berzaman," katanya sambil menambah adalah wajar untuk perkara itu tidak dipanjangkan.
Sementara itu Pensyarah Pengajian Islam, Syariah, Fiqh Wa Usul dan Al-Quran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Abdul Hanis Embong berkata umat Islam khususnya tidak boleh memecahkan logo itu dengan hanya memfokus kepada loop atau garis putaran yang mewakili tali kasut semata-mata, sekali gus menyamakan ia dengan kalimah Allah.
Beliau yang juga Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan) Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan UMT berkata ia bukanlah seratus peratus menyamai kalimah suci.
"Kalau tengok secara keseluruhan logo itu, memang tidak akan nampak (kalimah Allah). Sebab itu kita jangan pecahkan dia. Mana-mana logo pun kalau dipecahkan dia boleh timbulkan salah faham. Sama macam ucapan yang mana apabila diambil separuh-separuh, konteksnya akan lari.
"Syarikat kasut itu pun sudah beri penjelasan. Jadi, sebagai orang yang waras kita boleh tengok justifikasi dia... sebab kalau ikut apa yang dimaklumkan itu adalah tumit kasut dan tali kasut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Logo berkenaan dilihat tidak menepati sebarang kaedah penulisan khat yang diterima secara tradisi dan reka bentuknya adalah dalam kategori khat bebas.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Logo pada tapak kasut tidak menyamai kalimah Allah dalam aspek seni khat - Pakar
Logo berkenaan dilihat tidak menepati sebarang kaedah penulisan khat yang diterima secara tradisi dan reka bentuknya adalah dalam kategori khat bebas.